Monday, July 25

Rutin Zaman Penganggur VS Rutin Zaman Siswi

Assalammualaikum dan hai 


Tajuk pada malam ini agak menyeramkan bagi aku. Tajuk entry kali ini request dari roomate aku. " Ain , kasi tajuk untuk entri malam ini please?". Si Roomate main telefon sambil cakap " Kau buat tentang rutinlah. Rutin di rumah dan di sini ." Aku dengan senoi bin blur pun buatkan saja lah. Orang cakap kadang tajuk dah boleh dapat isi dalam entry. Kihkih fake sangat aku. Pfft !

Back to the story, rutin di rumah aku dan selepas bergelar siswi terrrsaangaat berbeza. 100 % different. But, nak buat macam mana lagi ,. Kalau tak disebabkan niat dan ingin teruskan belajar , memang aku di rumah jaga lembu dan kerbau agaknya. Jika di rumah , selepas subuh aku akan tidur kembali bila seharian penat TETAPI ! di asrama , selepas subuh terus ke Dewan Makan. Sebabnya dewan makan sarapan pukul 7.30 pagi sehingga 8 pagi. Kalau di rumah aku, lantak aku lah nak sarapan jam berapa sekali pun. Sini , kalau miss sarapan seolah tak makan seharian. LAPAR ! Aku sarapan maggi je bila ter'miss' sarapan. Hoho.

Sebelum ini, aku agak mem'boros' dalam bab kewangan. Serius tak tipu ! Sekarang, kehidupan di asrama , mengajar aku erti kepayahan ketika tiada kewangan. Nak minta pada ibu , agak agaklah weii.. Segan sangat. Tak sampai hati nak sua tangan meminta. Terpaksa tipu ibu , kata kewangan mencukupi. Sedangkan purse kurus ibarat pembaris dah. Hahaha.. Kes bayar yuranlah , beli biskutlah dan macam macam lagi. Bila sebut perempuan, tak lepaslah dari sifat dia ber'shopping'. Kepada si kaum adam diluar sana, emm.. better kewangan stabil jika ingin memiliki seorang gadis untuk dijadikan pasangan hidup. Bukan senang menjaga seorang wanita bersikap kekanakan. Bukan senang bro. Aku tahu sebab aku perempuan.

Jika sebelum ini, aku di rumah hidup tak mahu berkongsi walaupun adik beradik sendiri. TETAPI ! Disini hidup berkongsi itu perlu, tambah tambah dapat roomate yang kepala gila sama dengan kau. Memang kena berkongsi. Hidup aku di asrama banyak berkongsi dengan roomate aku. Iyerlah, 3 tahun lah katakan akan satu bumbung , satu bilik. Kena lah pupuk kasih sayang antara roomate. Even roomate kau gila macam mana sekalipun , kau kena layan. Sebab ketika kau sakit , kau tak boleh call call ibu ayah kau minta tolong. Tambah tambah yang duduk jauh. Siapa nak tolong? Roomate jugaaaa..


Pada mulanya , agak sukar aku terima situasi yang memaksa aku tinggal di asrama. Pada tahun 2014 , iaitu time aku form 4 , aku pernah tinggal di asrama tetapi tahan hanya 9 bulan sahaja. Sebabnya... aku nak ambil tuition di luar. Lagipun, rumah aku depan sekolah saja pun. Saja acah acah nak ada pengalaman tinggal di asrama lah kononnya. At least , aku ada anak aku boleh ceritakan pada anak aku , bahawasanya ibu mereka pernah tinggal di asrama. Propa sangatkan ? Kihkih. Bila aku datang ke tempat aku belajar dan tinggal di asrama, aku tak terasa bagai tinggal di asrama pun. Rasa tinggal di bilik sewa. Hihi. Di rumah menjadi dugong di atas sofa tetapi di asrama menjadi dayang dayang yang sibuk di istana. Haha.

Kalau di rumah, bilik aku DILARANG MASUK untuk adik adik aku. Biasalah , konon nak privasi. Sekarang? Nahh amik kau.. Kena tinggal dua orang dalam satu bilik. Memang privasi jadi rahsia masing masinglah nampaknya. Haha. Habis semua baju roomate aku tahu saiz , kasut apa aku pakai, aku pakai skincare apa, semua roomate aku tahu. No privasi lah nampaknya. Jadi ' WE PRIVASI'. Haha.

Taklah terlalu kritikal pun tinggal di asrama. Kelas selalunya awal pagi . Jam 8 pagi dah start kelas. So, tentang lewat ke kelas tak pernah lagilah buat seketika waktu. Kihkih. Takut juga nanti bangun lewat ke mandi lewat ke ... Mesti malu satu institut kan? Ergh ! Can't imagine that.

By the way, next next and next entry , in shaa Allah akan aku kongsikan tentang tempat aku belajar. Rasa rasanya ramai readers and bloggers yang tak tahu apa itu Japan-Malaysia Technical Institute. Di Instagram , ada juga direct message menanyakan mengenai kursus atau kos di JMTI. Akan aku kongsikan kemudian bila kelapangan dan tidak kengantukan. Hahaha. Bye. 

Have a fun day , guys.

Sunday, July 24

Pemilik Blog Ini Sudah Tiada Kerana...??

Assalammualaikum dan hai 


Holla guys. Dengan ini dimaklumkan bahawa pemilik blog ini tiada beberapa hari yang lalu kerana kesibukan menguruskan kemasukan pendaftaran sambung belajar di Pulau Pinang. Hoho. Tajuk entri macam pemilik blog dah meninggalkan? Taklah uolls. Aku cuma baru dapat laptop from my parent. Ketika pendaftaran minggu yang lalu ( 13 Julai 2016 ) aku tinggal Yogo aku di rumah kerana aku fikir awalnya maybe tak digunakan lagi.

Tetapi , pada minggu ini aku bawa Yogo ke asrama tempat aku belajar kerana aku perlukan khidmatnya dalam melakukan tugasan. Dah alang alang wifi full , so aku ambil kesempatan dalam kesempitan untuk meng'update' seketika detik. 

Disini aku baik baik sahaja. Harap Yogo aku tak merajuk kerana aku tak bawa dia pada awal awalnya. Kepada yang tak tahu apa itu Yogo, Yogo is my laptop name. Why Yogo? Nanti aku ceritakan. Huhu. 

By the way , sekarang aku agak lapang masa untuk blogwalking dan membaca entry blogger blogger yang gempak lagi meletop. Huhu. over bukan?

Okaylah. Aku banyak perkara nak kongsikan di Yogo. Sekarang aku rajin on blog disebelah malam sahaja. Kalau siang , maybe waktu lapang sahaja. No problem bro. Kita ada wifi. Lek lek kay. Hahaha. 
Have a fun day , guys.

Tuesday, July 12

Vitalicious Candy , Hisap Hisap Terus Putih.

Assalammualaikum dan hai 

Salam Lebaran sekalian sekalian !

Amacam hari raya tahun 2016? Muka makin 'lebaran' atau perut yang makin ' bunga api ' kembang? Aku macam biasalah. Selalunya pipi akan menjadi 'salam lebaran' dari hati menyambut raya.

Entri kali ini aku ingin kongsikan gula gula yang manis dan sedaaaaap ! Siapa yang sering muka berjerawat  dan berparut patut cuba Vitalicious Candy ini. Lagi lagi jenis malas ber'skincare' bagai. Iyelah, skincare kan banyak. Sabun lagi, day cream lagi, night dream lagi. Itu tak ditambah dengan yang lain lagi. Mahu berlubang handbag kalau banyak banyak.Aku tahu sebab aku juga pakai skincare. Hukhuk.

Dengan Vitalicious Candy ini, seketul botol saja dah muat dimasukkan ke dalam handbag. Mudah dicapai. Perempuan sekarang handbag semua nak disumbatnya. Notebook , handphone, susu anak, botol susu dan kadang wallet husband pun dalam handbag. Ergh ! Stresskan? Haaa.. Vitalicious memudahkan semuanya. Ada ruang banyaklah handbag kita nanti. Hooreyy!!

Apa itu Vitalicious Candy (VC) ?

Vitalicious Candy ialah gula gula manis berperisa epal hijau yang mampu memutihkan kulit wajah. Bukan wajah sahaja malah seluruh badan. VC juga mampu melicinkan dan mencerahkan kulit serta sentiasa kelihatan glowing dan bertenaga. 
Peranan VC pula berfungsi fokus kepada kecantikan dan juga kesihatan kulit dari dalaman.

VITALICIOUS CANDY merupakan penemuan terbaru yang direalisasikan melalui teknologi terkini hanya dengan menggunakan Formulasi terbaik gabungan Apple Stem Cell & Vitamin C. VC ini boleh kepada semua peringkat umur. Dari kanak kanak sehingga bertongkat sekalipun.




Aku mengamal VC ini nak masuk 5 bulan dah. Yang bestnya, tak habis habis lagi. Senang sahaja pemakanannya. Pagi , aku ambil satu dan pada waktu malam aku ambil satu. Kadang sehari , satu kali. Yang penting banyakkan minum air. Aku seorang yang cepat dahaga so tak jadi masalah untuk amalkan air masak.


Kelebihan Vitalicious Candy ?

  • Perubahan tona kulit berganda ebih cerah
  • Kulit lebih gebu , lembap dan tegang
  • Wajah lebih segar dan berseri
  • Menyekat pembentukan jerawat dan merawat masalah jerawat yang serius
  • Membantu menghilangkan parut dengan lebih berkesan dan efektif
  • Memudarkan darkspot di seluruh badan
  • Memperbaiki tekstur kulit tua & mati
  • Mengurangkan pigmentasi & garis kedutan
  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Membuang toksin dan membersihkan darah kotor
  • Kandungan antioksidan yang tinggi mampun mencegah pelbagai penyakit kronik termasuk kanser.




Cara Pengambilan:-

Hanya kemam atau kunyah. 1 biji sebelum sarapan ( Kesan terbaik ketika perut kosong )
Semasa pengambilan , aku nasihatkan elakkan pengambilan makanan yang segrea dan junkfood , kafein. Sebab kesemuanya akan memperlahankan metabolism badan


Mudahkan? Just hisap hisap terus cantik. Dalam masa tiga hari dah ada perubahan. 

Untuk mendapatkannya , sila berhubung :-
Instagram :  @byasmaneda_hq
Facebook : Vitalicious Candy Official
Whatsapp : 014-5961670 / 018 - 2223342
Have a fun day , guys.

Friday, July 1

Akhirnya Kau Pergi Jua. Kepergianmu Lebih Baik Dari Terus Terseksa Kesakitan.

Assalammualaikum dan hai 


30 Jun 2016 . Tarikh kenangan terakhir aku bersama kucing aku , Si Atam. Pagi tersebut , aku telah bawa Atam ke Jabatan Veterinar ( JV ) untuk diperiksa. Semasa dalam perjalanan , Atam banyak kali meow tetapi disebabkan dia tiada suara , suaranya kedengaran sayu saja.

" Atam , atam jangan takut tau. Kita nak bawa atam ke doktor. Atam kena kuat "
Kata aku ketika dalam perjalanan.

Aku tahu Atam tak dapat bertahan lama kerana kesakitan yang di tanggung. Ketika sampai di JV , aku angkat Atam untuk kena angin diluar. Atam seolah nak keluar dari sangkarnya.

" Atam , kami tak buang Atam. Kita nak jumpa doktor sekejap lagi "

Dia hanya mengeow.
Apabila pintu JV dibuka , aku masuk ke dalam untuk pendaftarannya. Sambil aku tunggu , aku lihat Atam sayu saja. 'Kenapalah kucing aku nih' terdetik dihati aku.
Apabila nama di panggil, aku masuk ke dalam berjumpa dengan perawat.

Perbualan Aku dan Perawat .

Perawat : Kenapa dengan kucing ni?
Aku : Dia keguguran.
Perawat : Gugur bila?
Aku : Dua hari lepas.
Perawat : Dua hari lepas baru sekarang awak datang ?
Aku : Saya tak sempat datang.

Perawat itu memeriksa Atam. Dan dia berkata...

" Kucing awak nih ada bengkak dalam rahim. Dua ketulan. Kami akan cucuk dia untuk buka hormon supaya dia keluar. Kalau dalam masa 1 atau 2 jam tak keluar , kita kena buat operation. Kalau tak , dia akan mati"

DIA AKAN MATI...
Terngiang ngiang ayat tu di telinga aku. Selepas selesai memeriksa dan proses pembayaran ubatan dibuat, aku pulang dengan perasaan sayu, sebak dan terdiam.
Sampai sahaja dirumah , aku beri Atam air, tetapi Atam tak minum. 

Pada waktu petang pula, aku tekad , aku nak Atam sembuh. Nak dia kuat. Lalu, aku ambil makanan dan minumannya untuk aku suapkan. Ketika aku suapkannya, aku pelik. Mana datang air dekat mata dia? Dia menangiskah? Kenapa dia lihat aku seperti ingin mengatakan sesuatu? Apa yang Atam nak sampaikan? Aku rungsing.

Selepas itu, aku mandikan dia. Juga seperti tadi. Dia lihat aku seperti ingin mengatakan sesuatu. Tapi apa?

Selesai memandikan dia ,aku lihat dia tertidur. Mungkin Atam letih. Iyalah seharian di JV tadi.
Selepas waktu berbuka, aku ambil ubat Atam untuk diberi makan. Pada mulanya, Atam asyik keluarkan kembali ubat itu. Last sekali , antibiotik dia telan. Ubat bengkaknya aku tahu ada dalam mulutnya. Nanti mungkin dia akan telan. 

Aku masuk untuk menunaikan solat maghrib . Kemudian aku masuk dalam bilik aku untuk berehat sehingga aku terlelap. Kemudian adik aku kejut aku sambil kata " Kakak! kakak! Mulut Atam berbuih.". Hati aku mula tidak senang. Hati aku merasakan sesuatu.

Aku pergi ke Atam. Aku lihat ada buih dibibirnya. Aku lihat perutnya. Perutnya tidak turun naik. Ya Allah. Aku bergegas pegang Atam. Atam menjadi lembik. Aku panggil , Atam tak bunyi. Akhirnya kau pergi.. Menitis air mata aku. Aku kesat dengan cepat.Aku tak mahu orang tahu bahawa aku menangis. Aku meletakkan Atam dengan baik baik dan aku terus masuk ke dalam rumah. Aku menangis teresak esak dalam bilik. Aku tak sanggup lihat lagi. Mama aku datang dan berkata " Kak, lebih baik dia pergi dari dia terseksa kesakitan. Sabar ya kak" .

Aku hanya berdiam diri dan duduk di dalam bilik. Kemudian adik aku masuk " Kak, abah dah tanam Atam dekat hujung sungai tu " . Aku hanya iya kan saja kerana aku tiada semangat.



Untukmu Atam:-

Wahai Atam, ketika aku dapat tahu kau sakit , hati aku sayu. Aku dapat merasakan yang kau akan pergi. Kau seekor kucing yang baik. Walaupun kau berak kencing merata tetapi semua itu kenangan kita , sayang. Patut kau lihat aku tadi.Rupanya itu kali terakhir kau makan , minum dan mandi di tangan aku. Kau nak ucapkan selamat tinggal kat aku rupanya.Tak mengapalah Atam. Aku lepaskan kau pergi. Tetapi aku tak janji untuk aku akan kuat. Kerana aku mulai merinduimu sayang. Aku rindu nak belai kau. Aku rindu nak cium kau. Aku rindu bau kau. Ya Allah.. aku rindu. Kau pergi jua dari hidupku. Sekarang kau tak sakit dah. Dari terlihat kau terus terseksa kesakitan, baik kau pergi. Nanti kita jumpa disana ya sayang. I Love You.

Have a fun day , guys.
 

Template designed by RRAI | Hak milik Nur Nabila | All rights reserved