Tuesday, May 31

Senarai Barang untuk Kemasukan Pelajar IPT

Assalammualaikum dan hai 


Holla guys. Hari ini aku teringin sangat kongsikan tentang barangan yang perlu dibawa oleh pelajar IPT. Majoriti kepada kemasukan pelajar IPT yang sambung belajar.Tahniah kepada pelajar yang dapat sambung ke institut yang diingini. Congrates ! 

Sekarang mesti buntu dan keliru tak tahu nak beli apa yang perlu dibawakan? Baik perempuan dan juga lelaki.Sekarangpun aku sedang kebuntuan tak tahu nak beli apa untuk keperluan nanti. Dah alang alang aku list barangan yang perlu di kertas, bolehlah aku share dan harap bermanfaatlah yer..

Aku akan listkan barangannya. Harap bermanfaat bagi hampa nah.
Senarai Pertama :-

  • Salinan Kad Pengenalan Pelajar ( 3 @ 4 keping )
  • Salinan Slip SPM Pelajar
  • Gambar Passport - 6 keping
  • Salinan Surat Tawaran
  • Semua sijil yang anda ada
  • Salinan Slip Gaji Ibubapa
  • Salinan Surat Beranak
  • Dokumen yang diperlukan kemasukan ke IPT

Sebaik baiknya , failkan kesemua dalam satu fail agar mudah kerja dan tidak berlaku kehilangan atau tertinggal.

Senarai Pakaian Yang Perlu Dibawa :-

  • Baju kurung yang mencukupi ( 5 @ 10 pasang )
  • Baju melayu yang mencukupi ( 5 @ 10 pasang )
  • Baju lengan panjang ( 3 @ 4 helai bagi perempuan ) - longgar dan labuh
  • Baju lengan pendek ( 3 @ 4 helai bagi lelaki )
  • Baju sukan
  • Baju pyjama untuk tidur
  • Baju riadah
  • Tali leher
  • Telekung
  • Kain Pelikat bagi Lelaki ( Bawa khas Solat Jumaat )
  • Kopiah / Songkok
  • Tudung
  • Anak tudung yang mencukupi
  • Keronsang 
  • Tudung ekspres
  • Handsock
  • Seluar Slack Hitam
  • Seluar Bebas
  • Seluar Sukan
  • Stoking yang mencukupi
  • Kasut Sukan
  • Kasut Bertutup bagi Perempuan
  • Selipar 
  •  Penyangkut baju

Jika ada barangan hampa yang ingin ditambah juga boleh. Tetapi hendaklah bersopan dan menutup aurat dalam memakai. Perempuan make sure berstoking okay ?

Senarai Alat Mandian:-

  • Sabun
  • Tuala
  • Tuala Muka
  • Berus Gigi ( Pek yang banyak banyak berus )
  • Ubat Gigi
  • Baldi Kecil
  • Raga mandian
  • Baldi Pakaian
  • Shampoo
  • Pencuci Muka *jika perlu*
Jika ada alat yang dalam pek , sebaiknya beli. Jimat dan tak membazir duit jika hilang. Jimat duit untuk hal lain

Senarai Persendirian:-

  • Minyak Rambut
  • Bedak
  • Bedak sejuk
  • Sikat
  • Deoderen
  • Alat makeup bagi perempuan. 
  • Jam Tangan
Persendirian maybe ada yang lebih tahu. Kebanyakannya perempuan mesti banyakkan? Huhu

Senarai Alat Tulis :-
  • Buku Nota
  • Pen ( sekurangnya 12 batang )
  • Pensel Warna 
  • Highlighter ( 3 warna )
  • Kalkulator *wajib*
  • Laptop *wajib*
  • Charger Laptop *wajib*
  • Marker pen
  • Set Geometri *jika perlu*
  • Kertas kosong
  • Kertas A4
  • Pita pelekat dan gunting
  • Gam
  • Liquid Paper
  • Stapler
Senarai Penting untuk Keselesaan :-
  • Powerbank
  • Charger Handphone
  • Beg sandang 
  • Beg Bagasi
  • Cadar
  • Selimut
  • Bantal yang selesa
  • Lampu Meja
  • Lampu suluh
  • Radio *jika perlu dan ada kebenaran*
  • Gelas / mangkuk / Pinggan / Sudu / Garfu
  • Cerek Air
  • Minuman segera ( nescafe , nestum , milo 3 in 1 )
  • Makanan segera ( Maggi , Bubur , mushroom soup )
Senarai diatas adalah senarai yang sering dibawa dan sangat sangat diperlukan. Maggi maybe tidak. Huhu. Sebaik baiknya elakkan makanan yang segera. Harap bermanfaat guys !

Apapun aku ucapkan Selamat Berjaya di IPT masing masing. Tidak kiralah Matrikulasi , Universiti mahupun Institut Swasta. Belajar dimana sekalipun jika ada minat dan usaha , In shaa Allah akan berjaya.

Akhir kata, GOOD LUCK , GUYS !

Have a fun day , guys.

Monday, May 30

Tempahan Design Blog Daebak by Aisyhah Nyais

Assalammualaikum dan hai 


Entah mengapa mood aku sejak akhir akhir ini berubah kepada ' gugirl ' sangat. Semua barang nak warna lembut atau ala ala pastel. Kadang itu suka design Paris. Mengapakah ?

Perbualan antara aku dan my mom :-

" Mama , kenapa sejak akhir ini kak suka benda yang warna lembut dan suka benda cute ya ? "
" Sebab anak mama dah besar. Dah gugirl dah pun."

*selama ini aku beboy kah?*

Tiba tiba, mood aku untuk design blog kembali kepada warna agak gugirl juga pun menjelma setelah bersarang dalam jiwa sepi. Aceywah. Spoil lah aku nih. Haha.

Kali ini , aku me'whatsapp' Kak Aisyhah Nyais semula untuk minta khidmat dan titik peluhnya bagi mencorakkan blog aku. Memandangkan aku pun bakal meningkat umur pada 18 tahun ( 2016 ) , aku taknak blog ke arah ke'kanak'kan.

Pasal kewangan aku akan kumpul secara perlahan lahan. Al maklumlah jadi penganggur sementara waktu ni agak sukar mencari duit poket. Hanya tolong ibu mengemas rumah. Jika dapat upah, Alhamdulillah. Jika tiada , kita tunggu sahaja duit masuk ke poket. Hihi. Nak kerja tapi parents tak kasi. Sebab parents taknak aku kerja time mood tengah belajar lagi.

Back to the story..
Design kali ini agak aku ambil serius kerana beberapa bulan lagi aku akan sambung belajar dan kemungkinan akan sibuk dengan hal belajar.Mungkin bersarang semula nanti. Ada juga senior kata disana ada Wifi free di asrama. Itu aku tak pasti betul atau tidak dan aku harap ianya benar ada Wifi. kihkih.

Bagi tema kali ini, seperti yang hampa hampa lihat sekarang, bunga bnga kecil dan pastel. Gugirl tak ? Gugirl sangatkan ? kihkih


Pada permulaannya, agak sukar di header. Kerana warna yang nak digabungkan dan juga corak yang aku inginkan terlalu sukar nak dibayangkan. Di header saja menghabiskan masa sehingga lewat malam. Kasihan Kak Ecah. Lagipula, keadaannya tak berapa sihat. Agak risau aku jika dia pening kepala melayan kerenah aku. Sambil sambil buat , aku taknak dia terlalu buat sehingga tak rehat. Aku beri dia masa untuk rehat dan aku fikir sendiri design yang jiwa aku inginkan. Setelah aku design di kertas , barulah aku tunjukkan kepadanya. Tiba tiba saja kak Ecah tercetus idea difikirannya mungkin untuk buatkan corak renda. Renda asalnya warna biru. Baby blue colour. Tetapi aku inginkan warna agak agak vintage, pink dan greenmint juga.

Kali ini aku agak banyak kerenah dari sebelum ini. Sebelum ini main suka suka tepuk amai amai saja design.

Setelah berjam jam sehingga lewat malam siapkan header, itulah hasilnya. Jika nampak semak dimata hampa, harap maaf ya. Jangan tengok lama lama pulak. 

Keesokannya kak ecah siapkan sidebar. Cepat betul dia siapkan. Senang betul bekerjasama dengan Kak Ecah. Seorang yang friendly dan usaha untuk buat yang terbaik. Sangat sangat suka dengan khidmatnya.

Proses siapkan blog aku selama tiga hari. Lama dari sebelum ini. Di header saja memakan masa yang agak lama. Aku menggunakan khidmat Aisyhah Nyais untuk kali kedua. Bukan setakat murah sahaja, dia juga ramah dan senang masuk kepala. Dia selalu beri harga yang sangat sangat kasih sayang. 

Untuk tempahan design blog bawah harga RM40 bolehlah hampa berhubung dengan dia. Gerenti hampa puas hati dengan khidmat jari jemarinya.

Aisyhah Nyais

Wechat : nnaisyhah
Email : aisyhah01@yahoo.com

Have a fun day , guys.

Sunday, May 29

Segmen Bloglist Bulan Jun By Zulfa

Assalammualaikum dan hai 


Setelah berminggu minggu aku tinggalkan blog aku, akhirnya aku kembali untuk buang sarang sarang labah dan perumahan tikus. Huhahuha! Dah alang alang aku buka ini , aku nak join satu segmen dari adik Zulfa. 

Jom sama sama join dan blogwalking. Dapat mengeratkan hubungan dengan blogger lama dan baru.

Tag : Kak Leya  , Alya 
Have a fun day , guys.

Thursday, May 12

Review : Iope Air Cushion Foundation

Assalammualaikum dan hai 


Zaman sekarang semua wanita nak cepat bersiap dalam semua keadaan. Ada sesetengah wanita suka ber'makeup' dan aku tidak dikecualikan. Dengan nak pakai serum lagi, foundation lagi. Frust sebab semua tu menyusahkan dan juga bert handbag nak membawanya. Selepas itu aku mencari satu produk yang boleh aku pakai. Just 'pap pap' di pipi terus tahan berjam jam. Dan aku memang seorang  yang sering lakukan aktiviti luar rumah. Tambah tambah sekarang cuaca terrrsangat panas dan kadang tu foundation jadi melekat pada tudung. Aiseyman.. Serius , satu perkara yang membuatkan aku malas nak pakai apa apa dah dimuka selepas basuh muka. 

Sehinggalah aku terjumpa satu produk yang diberi nama " IOPE AIR CUSHION FOUNDATION "(IACF). IACF merupakanproduk yang diperbuat dari Korea dan merupakan pakar untuk menutupi cela cela parut dimuka. Jerawat juga dapat diselindung selepas 'pap pap' IACF ini. Ia menjadikan muka bebas cela dan tidak berminyak. IACF juga menjadi kegemaran artis di Korea. Bukan sahaja perempuan malah artis lelaki juga memakainya. Amazing !


Selepas aku 'pap pap' diwajah aku, aku rasa ringan saja wajah bila keluar dari rumah. Sebelum nih, foundation aku pakai rasa melekit dan agak lama untuk kering. Setelah memakai IACF, aku tidak pakai foundation yang dulu. Masih tersimpan rapi dalam almari. 

Seperti hampa lihat di gambar diatas, di dalam kotak IACF terdapat satu beg plastik yang disediakan untuk pengguna. Apabila habis, disediakan satu lagi untuk refill. Majoriti feedback dari customer mengatakan IACF bertaan selama 2 bulan. Tetapi bergantung kepada pengguna. Ada yang bertahan sehingga 3 atau 4 bulan.

Apa Kelebihan IACF ?
  1. Melindungi kulit kita dari sinar matahari ( SPF 50+ / PA+++ )
  2. Mencerahkan kulit wajah ( 30% essence pencerah + pelembab )
  3. Sweat-Proof ( Tahan terhadap peluh )
  4. Telah diuji oleh pakar klinikal
  5. Dibuat dari 30% Hydro-Mineral Water 
  6. Kesan penyejuk
  7. Menutup cela parut jerawat / jerawat besar
  8. Menutup kesan jeragat yang tebal
  9. SPF 50+ / PA+++
  10. Wajah nampak glowing dan gebu
  11. Tekstur yang ringan 
  12. Warna natural




Mesti tertanya tanya, 'Selamat ke pakai IACF nih ? ' Jawapannya YA ! Sangat sangat selamat. Jika hampa lihat di Astro Go Shop juga mempromotekan IACF ini.

Mesti tertanya apa bahan dalam IACF kan? Kandungan bahan bahannya ialah 

Hesperidin
Glucommanan
Siberia peptide
Mineral water xp




Bagaimana cara memakainya ?

Dengan satu sapuan diwajah boleh menutup cela cela diwajah. Tahan selama 24 jam. Perlu cuci dahulu sebelum solat kerana IACF kalis air. Jika nak memakai serum sebelum memakai IACF juga boleh. Lebih mengekalkan IACF diwajah.

Testimoni :-






Untuk mendapatkan IACF :-

Facebook page : HCube Shop
 Instagram HCube Shop

Have a fun day , guys.

Sunday, May 8

Segmen Zaman Sekolah by Numigx

Assalammualaikum dan hai 




Wuuhuu.. Segmen Zaman Sekolah ? Aku ditag oleh Numigx a.k.a Igs. Aku rasa dia nak tahu zaman kanak kanak aku ni. Alahai,segan pula aku nak menceritakan. Sebab dolu dolu aku agak nakal dan agak manjalah juga. Tambah tambah time kecil dulu selalu dapat kawan baru. Tak mengapalah aku ceritakan juga. Mana tahu Prince Charming aku baca dan tertarik kisah aku. Ok perasan sangatkan?

Ketika dizaman sekolah rendah, yakni ber'darjah' lagi, paling aku tak boleh lupa time darjah satu. Kenapa? Sebab ibu ayah aku selalu pindah ke sana ke mari. Iyerlah, ibu ayah jenis kerja asyik tukar tompat jo. Sehinggakan aku baru belajar ABCDEFG di sekolah first aku, dah pindah. Bila aku pindah ke sekolah lain, aku agak malu dan takut. Sebabnya, aku jenis manja dan jenis takut pada benda yang baru dalam hidup. Aceywah. Nak dipendekkan ceritanya, first day aku daftar ke sekolah rendah tu , aku selalu gigit butang baju. Sehingga basah habis baju aku kena air liur. Hehe. . Time darjah satu aku tak bertudung lagi. Kihkih. Bila lama lama di sekolah situ time darjah satu, aku suka berkawan dengan rakan sekelas. Dalam kelas aku ada budak lelaki yang nama ayahnya sama dengan aku. Roslan. Iya, itulah nama ayah aku dn juga nama ayah budak lelaki itu. Part yang paling best, aku dan budak lelaki tu jadi mak ayah. Alaa,, acah acah main mak mak. Aku sebagai ibu dan budak lelaki itu sebagai ayah. Yang kelakarnya ingat sampai sekarang, rakan rakan aku yang lain sebagai anak. Haha. Ada driver pula tu. Tiga driver , enam bibik. Wah wah, kaya sungguh aku, Haha. Bila dah besar nie, semua pakat pakat malu bila diingatkan semula. Tambah tambah aku. Sebab jadi ibu pula tu. Gatal betul aku kan? Haha.

Ketika zaman di sekolah agama pula, ini part yang amat amat aku malu sehingga sekarang. Bila difikirkan semula, ada pengajaran disebaliknya. Ketika itu aku saja saja main dengan kawan aku yang aku suka pada seorang lelaki. Sedangkan aku main main sahaja. Saja nak mengusik rakan. Last last rakan aku sendiri pergi beritahu pada budak lelaki tu. Aku menangis tak berhenti sehingga miss class Arab aku. Hampirlah. Tak miss terus. Aku malu. Sebab itu aku menangis. Jiwa aku time kanak kanak tersangatlah lembut dan manja. Sehingga meningkat ke arah UPSR barulah agak kasar. Dan dari situ aku belajar jangan tipu orang dengan benda benda macam itu. 

Aku nakal dan sangat kasar time kecil dulu. Kawan turun bendang, aku join. Kawan naik lembu, aku join. Kawan mandi sungai, aku join. Semua budak lelaki buat aku join. Hahaha. Sebab itu aku jadi kasar sehingga sekarang.Sekarang agk lembut sikit. Tapi ke'kasaran' itu masih melekat.

Part berjauhan dari sahabat sendiri amat menguji hati menahan rindu yang amat. Sahabat yang sejak umur 7 tahun sehingga 16 tahun terpaksa sambung belajar di Tanah Arab. Huwa! Rindu yang amat der.. Kawan kita selama nih selalu tukar baju sama sama, tidur sama sama, kemana saja sama sama pergi belajar jauh dari kita. Memang menguji hati sangat. Harap dia berada dibawah lindungan Allah SWT. 

Apabila aku melonjak ke umur tingkatan 1 , aku dimasukkan ke sekolah perempuan sahaja. So, aku agak kaku . Dan lama kelamaan sehingga tingkatan 4 , aku diubahkan ke sekolah baru iaitu sekolah yang campur antara lelaki dan perempuan. Agak kaku sebab selama 3 tahun aku di sekolah tanpa lelaki, tiba tiba diubahkan sekolah yang campur sedemikian. Agak kekok. Lama kelamaan aku rasa baik dan mengajar aku erti batasan antara lelaki dan perempuan. Banyak aku belajar dari sekolah tu. Tentang agamalah paling banyak. Walaupun sekolah teknikal, tetapi aku rasa seperti aku tinggal di Maktab Mahmud jer. Hoho..

Kisah aku tak semenarik cerita Dilwale, tidak sehebat Captain America The Movie.. Tapi semuanya mengajar aku erti kehidupan sebenar. Setiap insan ada kisahnya masing masing. Ada cerita novel masing masing yang dicipta. Haha. Muka aku yang dahulu seolah anak negro dah bertukar kepada Cinderella. Aceywah. Perah santan sangatkan. 

Ok itu saja aku nak kongsikan bagi segmen zaman sekolah nie. Aku nak tag siapa ek? Hoho.
Tag :  Kak Leya , Kak Ecah , FarrahNadia

Have a fun day , guys.

Saturday, May 7

Dulu Aku Seorang Tomboy

Assalammualaikum dan hai 




Bagi sesetengah perempuan mungkin sejak kecil sudah diajar sikap seorang 'perempuan'. Iyelah.. Lemah lembut, sopan, ayu dan juga mungkin ramai yang disegani. Yaa sifat malu. Malu tu semua perempuan ada. Cuma pandai cover atau tak.

Macam aku, aku taklah perempuan sangat. Kecil kecil ibarat 'tomboy' sehingga di wajah aku ada parut kenakalan aku suatu ketika dahulu. Tambah tambah aku anak sulung dari empat adik beradik. Sudah semestilah banyak kenakalannya. Juga manjanya. Dulu aku menjadi seorang 'anak tunggal' sementara waktulah, aku selalu dapat apa yang diinginkan. Bukan itu sahaja. Malah dapat mandi kolam dalam besen takung air pula tue. Ayoyo. Sebab dulu aku miskin, tiada duit nak beli kolam plastik besar tuh. Dapat belipun setelah aku besar sikit. Itupun sokojap jo kolam plastik tu bertahan. Sebab kezen aku terjun menerjun sehingga pecah. Ergh!

Time kecil dulu aku ada jiran lelaki dan kebetulan pula lelaki tu tadika sekali dengan aku. So, jadi rapat . Selalu kayuh gerek(basikal) ke sana ke mari. Punya nakal, aku pernah ketuk sarang tebuan dan seekor tebuan datang ketik aku di bawah hidung. Mahu tak bengkaknya. Tutup satu saluran aku nak bernafas. Kejam punya tebuan. 




Rumah aku dulu betul betul dalam kawasan budak budak Juvana. Ayah aku jaga bahagian masalah remaja yang jahat jahat. So, ayah aku agak garang dan misainya melentik. Muka serius bila bekerja. Mahu tak nya, budak Juvana kut. Tapi banyak banyak kes, satu kes bagi aku kelakar sampai sekarang. Kes curi selipar Pak Imam Masjid. Aduyaii.. Tapi time aku tinggal di situ, aku selalu masuk kawasan Juvana tu. Tapi aku tengok diorang tak jahat manapun. Selalu tolong aku macam macam. Time aku lapar, diorang yang tolong ambilkan. Kadang diorang yang ngasuh aku. Kahkah.

Agak agaknya diorang dah keluar dari tempat tu ke belom? Tapi sekarang kawasan tu dah dirobohkan dah. Harap mereka baik baik sahaja. Haa.. Dari sejak itu aku menjadi seorang tomboy. Jenis buat perkara jahat juga. Panjat pokok curi buah orang , bagi makanan ikan banyak banyak sampai permukaan air penuh dengan makanan ikan. Haha.. Aku pernah dikejar oleh security sebab buat macam tu. Seluar pendek bersinglet itu aku lah kalau jiran jiran tanya " Siapa budak seluar pendek dan bersinglet tu ?"
 
Hahaha.. Nakal juga aku. Parut diwajah masih kekal hingga hari ini. :) 

Have a fun day , guys.
 

Template designed by RRAI | Hak milik Nur Nabila | All rights reserved